Wednesday, August 25, 2010

PENGALAMAN






Mohd Khaliq Zulkifly ialah salah seorang daripada lapan orang pelajar Universiti Utara Malaysia yang berpeluang untuk mengikuti program pertukaran pelajar di Santa Clara, California. Selepas beliau tamat mengikuti program tersebut, beliau juga telah ditawarkan untuk menjalani praktikal latihan beliau disalah sebuah syarikat yang terkemuka di sana. Hal ini menunjukkan program ini amat berkesan terhadap masa depan pelajar tanah air untuk menimba pengalaman dan pengetahuan. Beliau juga sangat gembira untuk berkongsi pengalaman suka duka di perantauan kerana melalui program ini beliau mendapat peluang yang sangat dinantikan oleh setiap pelajar.



Franziska pelajar dari Germany menyertai Program Pertukaran Asia-Eropah iaitu program pembelajaran luar sekolah yang membawa para pelajar dari Eropah ke Malaysia. Di Malaysia, Franziska belajar dan teruja dengan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia. Di samping itu juga menambah pengetahuan menghasilkan pelbagai kenangan manis,kenalan dan teman baru serta pengalaman tinggal di sebuah tempat asing baginya. Dia juga melawat pelbagai tempat yang terkemuka di Malaysia contohnya Menara Berkembar Petronas, Batu Caves dan banyak lagi. Franziska merasakan negara Malaysia adalah pilihan negara yang tepat baginya kerana beliau dapat mempelajari budaya negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum serta adat dan juga sistem pembelajaran yang sistematik di sini.

No comments:

Post a Comment