Sunday, August 29, 2010

OBJEKTIF-OBJEKTIF PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR



- menjana pelajar yang lebih beridealisma, proaktif dan kreatif.

- meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

- mendedahkan para pelajar dengan cara hidup masyarakat, pelbagai budaya,bahasa dan aspek-aspek sosial yang berkaitan.
- memperluaskan lagi pandangan pelajar secara global dalam pelbagai isu yang berkaitan dengan masyarakat, persekitaran, menjaga  keamanan dan isu-isu global yang lain.

- menggalakkan dan mengukuhkan rantaian hubungan dengan institusi-institusi luar negara dalam memperluas lagi hubungan internalisma.

Wednesday, August 25, 2010

SIAPA YANG LAYAK DAN BAGAIMANA



 PERTUKARAN PELAJAR ANTARABANGSA / ASING
    1.Siapa yang layak
-Mereka yang telah menyelesaikan tahun pertama pengajian mereka di universiti masing-masing.
-Memperolehi CGPA 3.0 hingga 4.0 dalam sistem gred Amerika @ Setaraf.
-Calon-calon yang mempunyai latar belakang akademik yang diperlukan untuk mengikuti program-program pengajian yang ditetapkan oleh pihak universiti.
     2.Bagaimana
-Hasil kerjasama antara universiti-universiti tempatan dengan universiti negara lain.
-Pemilihan pelajar bagi pertukaran pelajar ini ditetapkan oleh pihak universiti melalui perjanjian yang dibuat.
-Mahasiswa-mahasiswa yang menyertai boleh memilih untuk mendaftar dalam satu atau lebih program.
-Dibimbing oleh penyelidikan bebas dan mahasiswa boleh mengenal pasti pilihan mereka sendiri.
-Kos pengajian dibiayai oleh mahasiswa atau ditanggung oleh pihak universiti yang terlibat menghantar mahasiswa untuk program pertukaran pelajar antarabangsa.

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN DESTINASI PERTUKARAN PELAJAR MALAYSIA KE LUAR NEGARA






1.PENGIKTIRAFAN DAN JAMINAN TERHADAP KUALITI PENDIDIKAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK UNIVERSITI KEPADA PELAJAR ANTARABANGSA

Tumpuan diberi kepada "career outcomes" dan penyelidikan dengan memberi perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi dengan tenaga pengajar yang berkaliber.Misalnya Universiti RMTI di Australia,merupakan sebuah universiti teknologi yang mengintegrasikan pembelajaran bagi memastikan pelajar dapat bekerja pada tahap maksimum dalam projek "internship" dan pembelajaran koperatif yang tidak hanya tertumpu kepada teori.

2.MENCARI PENGALAMAN DAN KELAINAN

        Bagi sesetengah pelajar,mereka menyambung pengajian ke luar negara adalah untuk mencari pengalaman dan kelainan dalam proses pembelajarannya.Contohnya,Malaysia mempunyai iklim satu musim sahaja jika dibandingkan dengan negara-negara luar seperti Australia,London,Amerika Syarikat dan sebagainya yang mempunyai iklim empat musim.Kelainan iklim di luar negara merupakan satu kelainan yang baru bagi pelajar antarabangsa terutamanya pelajar Malaysia,kerana mereka tidak biasa dengan keadaan cuaca yang berbeza-beza di negara sendri.

3.PERSEKITARAN KEHIDUPAN

        Bagi sesetengah negara yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia untuk bertukar disana adalah kerana persamaan budaya dengan negara Malaysia.Di Australia,jaminan keselamatan bagi pelajar antarabangsa amat dititikberatkan dan di negara itu juga terdiri daripada pelbagai budaya dan bangsa.Hal ini menjadikan satu suasana yang harmoni dan sejahtera sehingga tiada sesiapa yang tahu bahawa kita adalah pendatang baru mahupun negara asal kita.Masing-masing juga saling menghormati bangsa,budaya dan cara hidup sesama mereka.Keadaan ini menimbulkan suasana persekitaran yang gembira dan selesa.

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PERTUKARAN PENGAJIAN PELAJAR ASING





Terdapat beberapa faktor yang mendorong pelajar asing memilih Malaysia sebagai destinasi untuk melanjutkan pengajian. Antara faktornya ialah :-

  •  Pengiktirafan program IPT Malaysia pada peringkat antarabangsa
Universiti di Amerika Syarikat dan Eropah mengakui sistem pendidikan di Malaysia sistematik dan berkualiti.
  •  Kos sara hidup yang berpatutan berbanding dengan negara asal pelajar
Kos kehidupan pelajar asing di Malaysia adalah rendah kerana kebanyakan mereka tinggal berhampiran universiti masing – masing.
  •  Wujudnya kemudahan pengangkutan yang cepat,mudah,dan murah
Contohnya, syarikat penerbangan Airasia.
  •  Mempunyai rangkaian sistem teknologi yang efisien untuk memberi kemudahan kepada pelajar
Contohnya memberi perkhidmatan internet kepada semua warga kampus.
  • Keselamatan dan keharmonian masyarakat politik di negara Malaysia dalam keadaan stabil dan rakyat berbilang kaum dapat hidup aman dan damai

    MASALAH-MASALAH PERTUKARAN PELAJAR




    1. PERBEZAAN BAHASA

    - Bahasa merupakan satu elemen penting yang harus dititikberatkan oleh pelajar bagi memudahkan mereka dan pelajar luar negara berkomunikasi dengan lebih lancar.
    - Oleh itu mereka perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing ini terlebih dahulu bagi memudahkan kehidupan mereka di sana dan hal ini juga akan memakan masa yang agak panjang untuk memahirkan pelajar.
    - sekiranya pelajar tidak begitu mahir maka mereka akan mudah terdedah kepada kes-kes penipuan malahan mungkin juga menjadi mangsa diskriminasi.

    2. PERBEZAAN BUDAYA

    - Budaya yang dibawa oleh pelajar Malaysia semestinya jauh berbeza dengan budaya 

    negara asing.
    - Oleh yang demikian, pelajar-pelajar perlu lebih peka dalam mengetahui serba sedikit tentang budaya barat ini agar tidak mengalami kejutan budaya yang drastik.
    - Sebagai contohnya, budaya pemakaian, adat resam dan sebagainya.

    3. PERBEZAAN CUACA

    - Masalah ini akan timbul sekiranya pelajar Malaysia bertukar ke negara-negara barat yang mana mempunyai empat musim yang berbeza dalam setiap tahun.
    - Hal ini akan memberi kesan sampingan kepada kesihatan pelajar.

    4. MASALAH KEWANGAN

    - Kos hidup yang tinggi di negara asing akan membebankan kehidupan pelajar menjadi lebih mencabar.
    - Oleh itu mereka perlu berjimat cermat dan juga perlu memastikan mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi mengikuti program ini.

    5. MASALAH MERENGGANGKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN RAKAN-RAKAN

    - Faktor jarak akan menyebabkan hubungan kekeluargaan pelajar dengan keluarga serta rakan- rakan menjadi renggang.
    - Hal ini berlaku pada kebiasaannya berlaku pada tempat-tempat yang sukar mendapat kemudahan perhubungan yang canggih untuk pelajar menghubungi keluarga.

    KEBAIKAN PERTUKARAN PELAJAR




    Sistem pertukaran pelajar mempunyai banyak kebaikan dari aspek politik, ekonomi dan sosial.


    POLITIK

    Dari segi politik, hubungan antara negara dapat dieratkan lagi kerana wujudnya kerjasama di antara dua negara dalam program pertukaran pelajar.


    EKONOMI

    Melalui program ini, nilai mata wang sesebuah negara dapat ditingkatkan kerana pertukaran mata wang asing yang berlaku apabila pelajar membuat sebarang transaksi.


    SOSIAL

    Jaringan sosial pelajar dapat berkembang bukan hanya dengan masyarakat negara mereka, malah dengan masyarakat negara lain.       

    KEBURUKAN PERTUKARAN PELAJAR



    Terdapat juga keburukan pelajar  ke luar negara. Antaranya :

    • Penerapan budaya asing pada diri pelajar dapat mempengaruhi dan memberi kesan kepada pelajar. Pelajar akan meniru gaya budaya mereka iaitu gaya penampilan diri yang kini semakin menjolok mata dan terlalu mengikut gaya fesyen terkini. Contohnya, negara Malaysia terkenal dengan gaya penampilan budaya Timur iaitu gaya penampilan yang sopan dan kemas memandangkan negara Malaysia mempunyai pelbagai budaya. Oleh itu, seseorang itu akan dilihat tidak mempunyai identiti tersendiri apabila menukar gaya penampilan diri mereka mengikut gaya penampilan budaya negara lain. Kesannya, ia akan  memburukkan imej pada negara kita.

    • Selain daripada itu, terdapat kes yang mengatakan pertukaran pelajar ke luar negara adalah tidak terjamin apabila sesebuah negara itu menghadapi masalah yang melibatkan pentadbiran sesebuah negara tersebut. Ini kerana keselamatan pelajar tidak terjamin apabila berada di negara yang menghadapi masalah memandangkan negara tersebut tidak menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang ketat yang dapat menjamin keselamatan pelajar asing. Kesannya, pelajar yang berada di negara tersebut, akan berasa tidak selamat dan akan menjadi serik untuk belajar di negara tersebut.

    • Di samping itu juga, pelajar yang telah lama belajar di luar negara akan timbulnya perasaan ingin menetap di negara tersebut memandangkan mereka dapat menyesuaikan diri mereka di sana. Semestinya, mereka akan mendapat tawaran bekerja di negara tersebut yang dapat menjamin masa depan mereka. Kesannya, sesebuah negara akan mengalami kekurangan tenaga buruh yang mahir dan tidak dapat membangunkan negara mereka sendiri.