Wednesday, August 25, 2010

KEBURUKAN PERTUKARAN PELAJAR



Terdapat juga keburukan pelajar  ke luar negara. Antaranya :

  • Penerapan budaya asing pada diri pelajar dapat mempengaruhi dan memberi kesan kepada pelajar. Pelajar akan meniru gaya budaya mereka iaitu gaya penampilan diri yang kini semakin menjolok mata dan terlalu mengikut gaya fesyen terkini. Contohnya, negara Malaysia terkenal dengan gaya penampilan budaya Timur iaitu gaya penampilan yang sopan dan kemas memandangkan negara Malaysia mempunyai pelbagai budaya. Oleh itu, seseorang itu akan dilihat tidak mempunyai identiti tersendiri apabila menukar gaya penampilan diri mereka mengikut gaya penampilan budaya negara lain. Kesannya, ia akan  memburukkan imej pada negara kita.

  • Selain daripada itu, terdapat kes yang mengatakan pertukaran pelajar ke luar negara adalah tidak terjamin apabila sesebuah negara itu menghadapi masalah yang melibatkan pentadbiran sesebuah negara tersebut. Ini kerana keselamatan pelajar tidak terjamin apabila berada di negara yang menghadapi masalah memandangkan negara tersebut tidak menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang ketat yang dapat menjamin keselamatan pelajar asing. Kesannya, pelajar yang berada di negara tersebut, akan berasa tidak selamat dan akan menjadi serik untuk belajar di negara tersebut.

  • Di samping itu juga, pelajar yang telah lama belajar di luar negara akan timbulnya perasaan ingin menetap di negara tersebut memandangkan mereka dapat menyesuaikan diri mereka di sana. Semestinya, mereka akan mendapat tawaran bekerja di negara tersebut yang dapat menjamin masa depan mereka. Kesannya, sesebuah negara akan mengalami kekurangan tenaga buruh yang mahir dan tidak dapat membangunkan negara mereka sendiri.

    No comments:

    Post a Comment