1.Pihak Kerajaan
Pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha.Salah satu daripada usaha tersebut adalah memberi sokongan seperti melancarkan kempen-kempen yang berkaitan dengan program pertukaran pelajar. Hal ini adalah untuk memberi maklumat lengkap mengenai program pertukaran ini kepada masyarakat. Secara tidak langsung, masyarakat akan memahami matlamat program tersebut dengan lebih jelas.
2.Pihak Swasta
Pihak swasta juga turut membantu dalam mengusahakan program pertukaran pelajar ini dari segi bantuan kewangan. Sebagai contohnya, pihak swasta akan menaja pelajar yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menyertai program ini. Oleh yang demikian, pihak swasta dapat menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dengan memberi sokongan tersebut.
3.Media Massa
Selain itu, media massa juga perlulah berganding bahu dalam menggiatkan usaha mempromosi program ini ke mata dunia. Maklumat terperinci yang berkaitan dengan program pertukaran pelajar perlulah disebarkan melalui media massa. Misalnya, rancangan-rancangan televisyen boleh menjemput pelajar-pelajar yang pernah menyertai program tersebut ke dalam rancangannya untuk berkongsi pengalamannya supaya diketahui umum.

No comments:
Post a Comment